Khamis, 31 Mac 2011

KERJAYA PILIHAN


 Sudahkah anda menetapkan masa depan anda? Kalau belum, mulakan dari sekarang. Masa depan anda sedikit sebanyak ditentukan oleh kebijaksanaan anda mengatur sepak terajang dalam kehidupan seharian.

  Atau secara yang lebih tepat lagi, selepas peperiksaan nanti - Apakah perancangan anda? hendak ke mana anda akan menentukan haluan hidup anda? Masa untuk bergantung hidup kepada ibu atau bapa sudah hampir sempai ke penghujung. Kini, masa depan anda berada di dalam genggaman anda sendiri.

Memilih kerjaya bukan mudah. Anda memerlukan cukup keberanian untuk membuat keputusan sejak di peringkat awal lagi. Tambahan pula di bawah sistem terbuka Sijil Pelajaran Malaysia, maka apakah kertas yang akan anda duduki semasa peperiksaan kelak akan menentukan di fakulti mana anda akan berada bila menjejak kaki ke menara gading kelak.
Dalam konteks hari ini, menentukan pilihan kerjaya lebih kritikal berbanding di universiti mana anda harus berada.
Ini kerana setelah menetapkan kerjaya pilihan, barulah anda memilih universiti mana yang terbaik.

Sebelum itu, sudah tentulah anda akan perlu melihat sejauh mana kemampuan akademik anda.
Ada kursus di universiti yang memerlukan syarat akademik yang ketat. Ada yang lebih kurang sahaja. Untuk melihat lebih lanjut syarat-syarat serta kursus-kursus yang ditawarkan di beberapa institusi pengajian tinggi awam, anda boleh berjunjung ke laman web ini: http://www2.moe.gov.my/~jpt/ipta.htm
Adalah sangat perlu kepada para pelajar mengetahui kursus-kursus yang sepatutnya mereka ikuti semasa di universiti kelak, selaras dengan minat dan kemampuan akademik mereka.

Pengarang 50 Kerjaya Pilihan, Mohd Mohamed telah mengarang dan mengolah bukunya secara mudah bertujuan memudahkan para pelajar memilih kerjaya.
Sebahagian daripada bidang-bidang kerjaya yang terdapat di dalam buku tulisannya itu pernah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Buku ini amat sesuai untuk para pelajar sekolah menengah, khususnya bakal calon dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Buku berkenaan juga boleh dijadikan panduan oleh guru-guru dan kaunselor sebagai bahan untuk memberi penerangan dan khidmat nasihat kepada pelajar mereka berkaitan peluang-peluang melanjutkan pelajaran.
Antara bidang-bidang kerjaya yang telah dipilih oleh pengarang buku berkenan ialah:
Aktuari
Arkitek
Bioteknologi
Bioperubatan
Veterinar
Dietetik
Juruterbang
Sains Nuklear
SAINS AKTUARI
Perkembangan pesat yang berlaku di dalam industri kewangan, pelaburan dan insurans dalam pembangunan negara memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini. Namun, kepakaran di bidang ini masih berkurangan.
Skop bidang ini meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis pelbagai ketidaktentuan yang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kesan kewangan dalam masyarakat.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan:
1. Meminati bidang ini.
2. Berpengetahuan di bidang matematik, statistik dan ekonomi.
3. Mahir di bidang komputer
4. Mempunyai kemahiran menganali
ANTARA KERJAYA PILIHAN:
1. Kewangan/Perniagaan
(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)
Pentadbiran dan pengurus bank
Perancang dan pengurus kewangan
Pengurus dan agen insurans
Eksekutif jualan dan pemasaran
Pengurus pengiklanan
Eksekutif akaun
Akauntan/juruaudit
Aktuari
Pegawai bank
Pemprosesan data
Penganalisis data
dan lain-lain

2. Penulisan dan Komunikasi
(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)
Wartawan
Editor
Jurubahasa
Penterjemah
Penerbit rancangan radio/televisyen
Pengacara radio/televisyen
Penulis skrip
Perunding komunikasi
dan lain-lain

3. Perubatan/Sains
(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat)
Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)
Doktor haiwan
Jururawat
Pembantu makmal/pembantu perubatan
Juru radiologi
Ahli farmasi
Juru terapi
Saintis
Ahli biologi/kimia
Pakar nuklear
Ahli geologi/geofizik
dan lain-lain

4. Perkeranian dan Pentadbiran
(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat)
Pengurus perjawatan
Pegawai sumber manusia
Pegawai tadbir
Pembantu undang-undang
Kerani
Setiausaha
dan lain-lain

5. Seni Reka dan Kreativiti
(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)
Pelukis
Pelukis grafik/batik
Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya
Pereka bentuk dalaman
Jurugambar
Juru solek
dan lain-lain

6. Teknikal
(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain)
Arkitek
Perancang Bandar dan Wilayah
Juruteknik
Juruukur
Mekanik
Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)
Pakar runding
Dan lain-lain

7. Keusahawanan
(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)
Perniagaan runcit
Perusahaan Kilang
Pemborong
Kontraktor
Pengusaha hotel
Perusahaan bengkel
Perusahaan butik
dan lain-lain
8. Perkhidmatan
(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)
pensyarah/guru
Pustakawan
Pegawai Perhubungan Awam
Peguam/pendakwa raya/hakim
Polis/askar
Pemandu pelancong
Kaunselor
Pramugari/pramugara
Tukang masak profesional
dan lain-lain



Tarbiah -> MENENTUKAN HALA TUJU SELEPAS ALAM PERSEKOLAHAN
by Cikgu Cyber - Thursday, 16 March 2006, 06:56 PM


- Thursday, 16 March 2006, 06:56 PM

Khamis, 3 Mac 2011

INDAHNYA

Setiap oraang pasti ada sesuatu yang sangat digemari. Begitu juga dengan DR. DR suka sangat menulis ayat2 yang best2 untuk dijadikan koleksi pembacaan DR. Jadi sepanjang membaca beberapa buah buku,banyak juga ayat2 yang best2 telah ditemui seperti:

Percayalah, ALLAH sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. ALLAH takkan pernah gagal memenuhi permintaan kita. Berdoalah tanpa rasa ragu-ragu. Yakinlah bahawa ALLAH mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepadaNya.

Kita patut bersyukur kerana hari ini kita masih bangun sendiri,bikan orang lain yang mengejutkan kita. Kita mandi sendiri,bukan orang lain yang memandikan kita. Kita pilih dan pakai baju sendiri,bukan orang lain yang pilih dan pakaikan kita baju kerana kalau dia yang pilihkan dan pakaikansudah tentulah bajunya daripada kain yang berwarna putih,kan?

Solat itu adalah kewajipan agama yang mengambil tempat di sisi iman. Solat yang penuh khusyuk di samping,taubat dan istigfar..INSYA-ALLAH segala dosa yang dilakukan akan dihapuskan oleh ALLAH.

5kali solat setiap hari itu adalah seumpama anak sungai yang mengalir di depan pintu seseorang yang mandi di dalamnya 5kali sehari. Pasti seseorng itu akan bersih dan inilah perumpamaan seperti manusia yang melakukan dosa. Apabila dia solat maka, dosa-dosa kecilnya akan terhapus.

Sebagai hambaNya,kita harus yakin yang ALLAH sentiasa lakukan semua perkara yang betul. Cara ALLAH sentiasa cara yang terbaik,walaupun kelihatannya mungkin salah apabila kita memohon sesuatu,tapi kita dapat sesuatu yang lain.

Di akhirat nanti, sewaktuumat manusia meniti di atas titisan siratulmustakin. NABI MUHAMMAD S.A.W cuba membantu umatnya daripada terjatuh dengan menarik rambutnya. Bagi yang memakai rambut palsu,hanya rambut itu yang sempat dicapai. Sedangkan orangnya sudah jatuh di dalam api neraka. Nauzubillah

Kebahagiaan adalah anugerah ALLAH kepada hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. ALLAH yang menganugerahkannya.

Akhlak kalau tidak dijaga akan rosak binasa, samalah kalau solat. Kalau tidak dijaga akan runtuh tiang agama.

Setiap orang pasti ada kelemahan tapi ini tak bermakna mangsa kelemahan itu harus mengalah. Membiarkan dirinya hanyut dalam kekecewaan. Mangsa perlu cuba untuk melawan kekecewaannya. Tidak perlu takut kepada diri sendiri.

Solat itu ubat segala penyakit diri dan hati. Ingat jika baik hati kita maka, seluruh anggota kita akan menjadi baik kerana hati adalah kapten bagi anggota yang lain.

Bila ALLAH makbulkan doa kita,maka Dia menyayangi kita. Bila Dia lambat makbulkan doa kita, maka Dia merancang yang lebih baik buat kita. Oleh itu, bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekali pun kerana kasih sayang ALLAH mendahului kemurkaan-Nya.

Keimanan bukan satu warisan yang begitu mudah untuk diperolehi. Kita perlu kemahuan untuk mencarinya. Keimanan juga tidak boleh sama sekali diwarisi oleh manusia yang beriman kepada anaknya.

Kita hidup di dunia ini sekadar menumpang saja. Buatlah yang tebaik untuk Tuhan kita. Yng terbaik itu kadang2 mungkin berat kita rasa tapi Tuhan suka. Jadi kita kena ingat,kita hanya manusia biasa. Kita tak sempurna,yang sempurna itu Tuhan kita(ALLAH) yang punya.

Yang baik itu kita sama2 jadikan pengajaran dan nasihat buat diri kita
dan yang buruk itu kita jadikan sempadan..

CARA-CARA NAK TAHU SIAPA YANG KITA SAYANG?

  1. Saat susah hati,wajah siapa yang terbayang di mata?
  2. Saat gembira,dengan siapa kita nak kongsi kegembiraan tu?
  3. Saat sunyi,nombor telefon siapa yang kita dail?
Jika ketiga-tiga soalan di atas adalah jawapannya orang yang sama,maka dialah yang sebenarnya yang kita sayang. Tidak semestinya jawapan itu perlu lelaki bagi perempuan dan sebaliknya. Mungkin ibu bapa kita sendiri,mana tahu?

Hasil Pembacaan dari novel

Rabu, 2 Mac 2011

Password Doa

Hari ini dalam rancangan Halaqah,penceramah telah pun membincangkan tentang tajuk seperti di atas. Apa yang dikatakan password doa ini? Jangan bimbang bagi pengunjung yang tidak berpeluang menyaksikan rancangan Halaqah pada malam ini kerana rancangan  ini ada siaran ulangannya pada hari Isnin jam 9malam,kalau tak silaplah.Tidak mengapa Dr akan memberi ringkasannya di sini. Kita sebagai orang Islam mempunyai senjata yang sangat canggih iaitu, DOA. Jadi perlunya password doa ini agar doa yang kita minta kepada ALLAH dikabulkan olehNya. Mudah sahaja iaitu Y2K+adab berdoa.Y2 membawa maksud Yakin bahawa ALLAH mendengar apa yang kita doakan dan Yakin bahawa ALLAH akan makbulkan doa yang kita pohonkan. K pula membawa maksud khusyuk. Tidak hanya di bibir tetapi apa yang kita pohonkan kita faham makna disebalik itu. Faham?

Dalam rancangan ini penceramah telah memberi contoh cerita seperti di bawah:
     Seorang ibu tunggal telah menyara anak-anaknya dengan hanya menjual tapai sahaja. Pada suatu hari, ibu tunggal tersebut telah melihat hasil tapai yang telah dibiarkan selama 3 hari itu dengan membaca 'Bismillah'. Tetapi dengan kuasa ALLAH,tapai itu masih tidak masak dengan sempurna. Lalu ibu tunggal tersebut membungkus tapainya dengan harapan tapai itu akan masak sekejap lagi. Sambil berjalan menuju ke tempat penjualan,ibu tunggal tersebut tidak pernah lupa untuk berdoa kepada ALLAH agar hari  ini ada rezeki dia dan anaknya untuk makan. Ibu tunggal tersebut membawa bungkusan tapai ke tempat penjualannya agar dalam perjalanan tapai itu akan masak. Seperti biasa ibu tunggal itu berdoa Dengan Nama Allah agar tapai itu sudah masak untuk di jual. Apabila ibu tunggal tersebut membuka bungkusan tapai tersebut,dilihatnya tapai itu masih belum masak. Tiba-tiba datang seorang pembeli yang ingin membeli 'tapai yang belum masak'. Pembeli itu ingin membekalkan tapai tersebut kepada anaknya yang belajar di Mesir. Pembeli mahu tapai itu masak ketika dalam perjalanan anaknya ke Mesir. Alangkah gembiranya ibu tunggal tersebut apabila mengetahui niat pembeli itu. 

Kesimpulannya,apabila kita melakukan sesuatu niat kerana ALLAH, pasti ALLAH akan membalasnya berkali ganda hebatnya. Pengunjung perlu tahu bahawa ALLAH tidak akan menjadikan sesuatu tanpa ada hikmah di sebaliknya. Kita sebagai hambaNya yang hanya mampu berdoa tetapi ALLAH jualah yang mempunyai kuasa untuk mengabulkan doa kita tanpa kita mengetahui bila,bagaimana dan di mana doa itu dibalas oleh ALLAH. 

Isnin, 28 Februari 2011

3 Doa Dari Rasulullah

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
 

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
 

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?
Sumber dari RAKAN FACEBOOK

Selasa, 22 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Malam ini di surau perumahan Dr telah mengadakan satu majlis sambutan Maulidur Rasul dan ceramah. Pelbagai pengisian yang telah diceritakan oleh ustaz yang telah didatangkan khas dari Labuhan Dagang. Dr mengambil peluang ini untuk mengetahui serba sedikit tentang apa yang cuba disampaikan di samping, menambahkan ilmu pengetahuan tentang junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Antara isu yang telah diketengahkan adalah tentang sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh semua umat islam di seantero dunia kini. Ada sesetengah pihak telah mengatakan bahawa sambutan ini adalah bid'ah. Bid'ah bermaksud sesuatu yang telah dibuat oleh umat nabi tetapi tidak dibuat oleh baginda sendiri. Bid'ah terbahagi kepada 2 iaitu bid'ah yang baik dan yang buruk. Apa yang dikatakan dengan bid'ah yang baik ini?

Bid'ah yang baik seperti kisah ini: ketika rasulullah mengimamkan solat berjemaah dan sewaktu baginda menyebut "sami allahu limanhamidah" dan ada seorang makmum yang menjawab "rabbana walakalham...." Selesai sahaja solat,Rasulullah bertanya kepada para jemaah. Siapakah yang telah menyambut bacaan iktidal baginda sebentar tadi? Namun tiada sesiapa pun yang mengaku sehingga rasulullah berkata "Sesungguhnya aku telah terlihat malaikat mengangkat kalimah itu ke arasy" barulah seorang itu mengaku.


Ini membuktikan bahawa telah berlaku bid'ah pada zaman rasulullah lagi. Maka,hendak dijelaskan di sini bahawa sambutan yang disambut oleh semua umat islam sempena Maulidur Rasul ini adalah sangat digalakkan. Hal ini kerana sambutan tersebut dapat mengingatkan kita segala-galanya tentang Rasulullah. Dan masih berselawatkah kita kepada Rasulullah selepas majlis sambutan Maulidur Rasul? Tepuk dada,tanyalah iman.

INILAH KITA SEBENARNYA

Sementara menunggu 'result' SPM diumumkan, macam-macam Dr perasaan yang datang. Ada rasa rindu,takut,sedih dan macam-macam perasaan yang bercampur baur menjadi satu. Yang paling ketara sekali adalah perasaan rindu. Rindu hendak bertemu dengan kawan-kawan lama. Gelak ketawa dengan mereka,berkongsi cerita dan yang paling seronok ialah adegan usik-mengusik antara satu sama lain. Sangat seronok.dan kadang kala rasa ingin kembali ke zaman persekolahan itu sering menghantui jiwa. Alhamdulillah,kini pelbagai teknologi kita boleh gunakan untuk berhubung dengan orang yang jauh seperti facebook,twitter dan sebagainya.
Betul kata pepatah: Tuai padi antara masak,
                               Esok jangan layu-layuan,
                               Intai kami antara nampak,
                               Esok jangan rindu-rinduan..
Yang pasti semua perasaan yang hadir dalam diri kita itu adalah rahmat dari ALLAH..Itulah istimewanya rahmat yang dikurniakan oleh Yang Maha Segala-galanya

Isnin, 21 Februari 2011

PRINSIP 5K

Apa yang dimaksudkan dengan prinsip 5k itu? Di sini, Dr akan terangkan apa yang dimaksudkan dengan prinsip tersebut. Tentu ada dalam kalangan kita yang telah memikirkan apa karakteria seorang yang diidamkan. Dan kini Dr ingin berkongsi bersama-sama pengunjung klinik ini bahawa Dr ada prinsip yang ingin dikongsi bersama-sama anda semua. Mungkin pengunjung juga pernah membayangkan sesuatu yang istimewa yang perlu ada dalam diri jejaka idaman anda,bukan? Itu pasti kerana manusia sering mengimpikan sesuatu yang indah-indah. Tetapi itulah kita, manusia yang hanya tahu merancang dan kita sendiri tidak tahu bahawa apa yang kita rancangkan akan menjadi kenyataan atau pun tidak. Baiklah di sini Dr tetap akan jelaskan apa itu 5k sebenarnya. 

Keimanan,seorang lelaki itu perlu dan wajib memiliki keimanan yang teguh terhadap agamanya. Islam mengajar kita agar beriman dengan 6 perkara dan itu adalah rukun iman yang perlu diketahui oleh semua penganut agama islam.  

Kondo. Apa yang dimaksudkan dengan kondo itu??? Semestinya tempat kediaman yang merupakan  keperluan asas semua manusia tidak kita miskin atau pun kaya. Ingat, meskipun tempat kediaman kita itu kecil. Ia tetap menjadi sesuatu yang harus dimiliki oleh semua manusia untuk berteduh.

Kereta, memandangkan dunia globalisasi kini semakin melonjak ke arah yang lebih maju. Maka kenderaan tersangatlah perlu untuk membawa kita ke destinasi yang ingin dituju.  Kereta merupakan simbol kepada  kenderaan yang boleh membawa kita ke mana yang kita ingin tujui. Jika tidak mampu, kita juga boleh menaiki kenderaan awam yang banyak tersedia kini. Tetapi lagi seronok andai kita memiliki kenderaan sendiri yang tidak mempunyai jadual yang perlu kita patuhi.

Kad kredit kerana ianya melambangkan kekayaan dan kemampuan. Pernahkah kita mendengar ayat ini 'wang bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang'. Mungkin disebabkan ayat itu membuatkan Dr menjadikan kad kredit itu sebagai k yang keempat. Dan k yang terakhir adalah bonus bagi kaum hawa yang dapat memilikinya iaitu kacak.

Kacak di sini bukan bermaksud jejaka itu perlu memiliki raut wajah yang 'handsome' seperti orang korea, tidak. Tetapi kacak yang lebih kepada budi bahasanya, kekemasannya, tutur katanya dan sejuk mata yang memandang. Kini, tahulah semua pengunjung apa yang dimaksudkan tentang prinsip 5k telah pun Dr terangkan sebentar tadi. 

Tetapi Dr sedar bahawa tidak semua manusia memiliki 5k ini kerana manusia itu tidak sempurna kerana yang sempurna itu hanyalah ALLAH. tiada yang lebih sempurna melainkan Dia. Jangan pula ada pengunjung yang sehingga kini tidak berkahwin gara-gara terlalu mencari jejaka yang memiliki 5k ini. Nanti susah pula Dr Cinta nak berjumpa dengan ibu bapa mengunjung semua. Ingat ini hanyalah sekadar keinginan sahaja dan kita hanya merancang dan ALLAHlah yang menentukan apa yang terbaik untuk hamba-Nya ini.