Isnin, 28 Februari 2011

3 Doa Dari Rasulullah

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
 

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
 

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?
Sumber dari RAKAN FACEBOOK

Selasa, 22 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Malam ini di surau perumahan Dr telah mengadakan satu majlis sambutan Maulidur Rasul dan ceramah. Pelbagai pengisian yang telah diceritakan oleh ustaz yang telah didatangkan khas dari Labuhan Dagang. Dr mengambil peluang ini untuk mengetahui serba sedikit tentang apa yang cuba disampaikan di samping, menambahkan ilmu pengetahuan tentang junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Antara isu yang telah diketengahkan adalah tentang sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh semua umat islam di seantero dunia kini. Ada sesetengah pihak telah mengatakan bahawa sambutan ini adalah bid'ah. Bid'ah bermaksud sesuatu yang telah dibuat oleh umat nabi tetapi tidak dibuat oleh baginda sendiri. Bid'ah terbahagi kepada 2 iaitu bid'ah yang baik dan yang buruk. Apa yang dikatakan dengan bid'ah yang baik ini?

Bid'ah yang baik seperti kisah ini: ketika rasulullah mengimamkan solat berjemaah dan sewaktu baginda menyebut "sami allahu limanhamidah" dan ada seorang makmum yang menjawab "rabbana walakalham...." Selesai sahaja solat,Rasulullah bertanya kepada para jemaah. Siapakah yang telah menyambut bacaan iktidal baginda sebentar tadi? Namun tiada sesiapa pun yang mengaku sehingga rasulullah berkata "Sesungguhnya aku telah terlihat malaikat mengangkat kalimah itu ke arasy" barulah seorang itu mengaku.


Ini membuktikan bahawa telah berlaku bid'ah pada zaman rasulullah lagi. Maka,hendak dijelaskan di sini bahawa sambutan yang disambut oleh semua umat islam sempena Maulidur Rasul ini adalah sangat digalakkan. Hal ini kerana sambutan tersebut dapat mengingatkan kita segala-galanya tentang Rasulullah. Dan masih berselawatkah kita kepada Rasulullah selepas majlis sambutan Maulidur Rasul? Tepuk dada,tanyalah iman.

INILAH KITA SEBENARNYA

Sementara menunggu 'result' SPM diumumkan, macam-macam Dr perasaan yang datang. Ada rasa rindu,takut,sedih dan macam-macam perasaan yang bercampur baur menjadi satu. Yang paling ketara sekali adalah perasaan rindu. Rindu hendak bertemu dengan kawan-kawan lama. Gelak ketawa dengan mereka,berkongsi cerita dan yang paling seronok ialah adegan usik-mengusik antara satu sama lain. Sangat seronok.dan kadang kala rasa ingin kembali ke zaman persekolahan itu sering menghantui jiwa. Alhamdulillah,kini pelbagai teknologi kita boleh gunakan untuk berhubung dengan orang yang jauh seperti facebook,twitter dan sebagainya.
Betul kata pepatah: Tuai padi antara masak,
                               Esok jangan layu-layuan,
                               Intai kami antara nampak,
                               Esok jangan rindu-rinduan..
Yang pasti semua perasaan yang hadir dalam diri kita itu adalah rahmat dari ALLAH..Itulah istimewanya rahmat yang dikurniakan oleh Yang Maha Segala-galanya

Isnin, 21 Februari 2011

PRINSIP 5K

Apa yang dimaksudkan dengan prinsip 5k itu? Di sini, Dr akan terangkan apa yang dimaksudkan dengan prinsip tersebut. Tentu ada dalam kalangan kita yang telah memikirkan apa karakteria seorang yang diidamkan. Dan kini Dr ingin berkongsi bersama-sama pengunjung klinik ini bahawa Dr ada prinsip yang ingin dikongsi bersama-sama anda semua. Mungkin pengunjung juga pernah membayangkan sesuatu yang istimewa yang perlu ada dalam diri jejaka idaman anda,bukan? Itu pasti kerana manusia sering mengimpikan sesuatu yang indah-indah. Tetapi itulah kita, manusia yang hanya tahu merancang dan kita sendiri tidak tahu bahawa apa yang kita rancangkan akan menjadi kenyataan atau pun tidak. Baiklah di sini Dr tetap akan jelaskan apa itu 5k sebenarnya. 

Keimanan,seorang lelaki itu perlu dan wajib memiliki keimanan yang teguh terhadap agamanya. Islam mengajar kita agar beriman dengan 6 perkara dan itu adalah rukun iman yang perlu diketahui oleh semua penganut agama islam.  

Kondo. Apa yang dimaksudkan dengan kondo itu??? Semestinya tempat kediaman yang merupakan  keperluan asas semua manusia tidak kita miskin atau pun kaya. Ingat, meskipun tempat kediaman kita itu kecil. Ia tetap menjadi sesuatu yang harus dimiliki oleh semua manusia untuk berteduh.

Kereta, memandangkan dunia globalisasi kini semakin melonjak ke arah yang lebih maju. Maka kenderaan tersangatlah perlu untuk membawa kita ke destinasi yang ingin dituju.  Kereta merupakan simbol kepada  kenderaan yang boleh membawa kita ke mana yang kita ingin tujui. Jika tidak mampu, kita juga boleh menaiki kenderaan awam yang banyak tersedia kini. Tetapi lagi seronok andai kita memiliki kenderaan sendiri yang tidak mempunyai jadual yang perlu kita patuhi.

Kad kredit kerana ianya melambangkan kekayaan dan kemampuan. Pernahkah kita mendengar ayat ini 'wang bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang'. Mungkin disebabkan ayat itu membuatkan Dr menjadikan kad kredit itu sebagai k yang keempat. Dan k yang terakhir adalah bonus bagi kaum hawa yang dapat memilikinya iaitu kacak.

Kacak di sini bukan bermaksud jejaka itu perlu memiliki raut wajah yang 'handsome' seperti orang korea, tidak. Tetapi kacak yang lebih kepada budi bahasanya, kekemasannya, tutur katanya dan sejuk mata yang memandang. Kini, tahulah semua pengunjung apa yang dimaksudkan tentang prinsip 5k telah pun Dr terangkan sebentar tadi. 

Tetapi Dr sedar bahawa tidak semua manusia memiliki 5k ini kerana manusia itu tidak sempurna kerana yang sempurna itu hanyalah ALLAH. tiada yang lebih sempurna melainkan Dia. Jangan pula ada pengunjung yang sehingga kini tidak berkahwin gara-gara terlalu mencari jejaka yang memiliki 5k ini. Nanti susah pula Dr Cinta nak berjumpa dengan ibu bapa mengunjung semua. Ingat ini hanyalah sekadar keinginan sahaja dan kita hanya merancang dan ALLAHlah yang menentukan apa yang terbaik untuk hamba-Nya ini.