Selasa, 22 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Malam ini di surau perumahan Dr telah mengadakan satu majlis sambutan Maulidur Rasul dan ceramah. Pelbagai pengisian yang telah diceritakan oleh ustaz yang telah didatangkan khas dari Labuhan Dagang. Dr mengambil peluang ini untuk mengetahui serba sedikit tentang apa yang cuba disampaikan di samping, menambahkan ilmu pengetahuan tentang junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Antara isu yang telah diketengahkan adalah tentang sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh semua umat islam di seantero dunia kini. Ada sesetengah pihak telah mengatakan bahawa sambutan ini adalah bid'ah. Bid'ah bermaksud sesuatu yang telah dibuat oleh umat nabi tetapi tidak dibuat oleh baginda sendiri. Bid'ah terbahagi kepada 2 iaitu bid'ah yang baik dan yang buruk. Apa yang dikatakan dengan bid'ah yang baik ini?

Bid'ah yang baik seperti kisah ini: ketika rasulullah mengimamkan solat berjemaah dan sewaktu baginda menyebut "sami allahu limanhamidah" dan ada seorang makmum yang menjawab "rabbana walakalham...." Selesai sahaja solat,Rasulullah bertanya kepada para jemaah. Siapakah yang telah menyambut bacaan iktidal baginda sebentar tadi? Namun tiada sesiapa pun yang mengaku sehingga rasulullah berkata "Sesungguhnya aku telah terlihat malaikat mengangkat kalimah itu ke arasy" barulah seorang itu mengaku.


Ini membuktikan bahawa telah berlaku bid'ah pada zaman rasulullah lagi. Maka,hendak dijelaskan di sini bahawa sambutan yang disambut oleh semua umat islam sempena Maulidur Rasul ini adalah sangat digalakkan. Hal ini kerana sambutan tersebut dapat mengingatkan kita segala-galanya tentang Rasulullah. Dan masih berselawatkah kita kepada Rasulullah selepas majlis sambutan Maulidur Rasul? Tepuk dada,tanyalah iman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan