Isnin, 21 Februari 2011

PRINSIP 5K

Apa yang dimaksudkan dengan prinsip 5k itu? Di sini, Dr akan terangkan apa yang dimaksudkan dengan prinsip tersebut. Tentu ada dalam kalangan kita yang telah memikirkan apa karakteria seorang yang diidamkan. Dan kini Dr ingin berkongsi bersama-sama pengunjung klinik ini bahawa Dr ada prinsip yang ingin dikongsi bersama-sama anda semua. Mungkin pengunjung juga pernah membayangkan sesuatu yang istimewa yang perlu ada dalam diri jejaka idaman anda,bukan? Itu pasti kerana manusia sering mengimpikan sesuatu yang indah-indah. Tetapi itulah kita, manusia yang hanya tahu merancang dan kita sendiri tidak tahu bahawa apa yang kita rancangkan akan menjadi kenyataan atau pun tidak. Baiklah di sini Dr tetap akan jelaskan apa itu 5k sebenarnya. 

Keimanan,seorang lelaki itu perlu dan wajib memiliki keimanan yang teguh terhadap agamanya. Islam mengajar kita agar beriman dengan 6 perkara dan itu adalah rukun iman yang perlu diketahui oleh semua penganut agama islam.  

Kondo. Apa yang dimaksudkan dengan kondo itu??? Semestinya tempat kediaman yang merupakan  keperluan asas semua manusia tidak kita miskin atau pun kaya. Ingat, meskipun tempat kediaman kita itu kecil. Ia tetap menjadi sesuatu yang harus dimiliki oleh semua manusia untuk berteduh.

Kereta, memandangkan dunia globalisasi kini semakin melonjak ke arah yang lebih maju. Maka kenderaan tersangatlah perlu untuk membawa kita ke destinasi yang ingin dituju.  Kereta merupakan simbol kepada  kenderaan yang boleh membawa kita ke mana yang kita ingin tujui. Jika tidak mampu, kita juga boleh menaiki kenderaan awam yang banyak tersedia kini. Tetapi lagi seronok andai kita memiliki kenderaan sendiri yang tidak mempunyai jadual yang perlu kita patuhi.

Kad kredit kerana ianya melambangkan kekayaan dan kemampuan. Pernahkah kita mendengar ayat ini 'wang bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang'. Mungkin disebabkan ayat itu membuatkan Dr menjadikan kad kredit itu sebagai k yang keempat. Dan k yang terakhir adalah bonus bagi kaum hawa yang dapat memilikinya iaitu kacak.

Kacak di sini bukan bermaksud jejaka itu perlu memiliki raut wajah yang 'handsome' seperti orang korea, tidak. Tetapi kacak yang lebih kepada budi bahasanya, kekemasannya, tutur katanya dan sejuk mata yang memandang. Kini, tahulah semua pengunjung apa yang dimaksudkan tentang prinsip 5k telah pun Dr terangkan sebentar tadi. 

Tetapi Dr sedar bahawa tidak semua manusia memiliki 5k ini kerana manusia itu tidak sempurna kerana yang sempurna itu hanyalah ALLAH. tiada yang lebih sempurna melainkan Dia. Jangan pula ada pengunjung yang sehingga kini tidak berkahwin gara-gara terlalu mencari jejaka yang memiliki 5k ini. Nanti susah pula Dr Cinta nak berjumpa dengan ibu bapa mengunjung semua. Ingat ini hanyalah sekadar keinginan sahaja dan kita hanya merancang dan ALLAHlah yang menentukan apa yang terbaik untuk hamba-Nya ini.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan