Rabu, 2 Mac 2011

Password Doa

Hari ini dalam rancangan Halaqah,penceramah telah pun membincangkan tentang tajuk seperti di atas. Apa yang dikatakan password doa ini? Jangan bimbang bagi pengunjung yang tidak berpeluang menyaksikan rancangan Halaqah pada malam ini kerana rancangan  ini ada siaran ulangannya pada hari Isnin jam 9malam,kalau tak silaplah.Tidak mengapa Dr akan memberi ringkasannya di sini. Kita sebagai orang Islam mempunyai senjata yang sangat canggih iaitu, DOA. Jadi perlunya password doa ini agar doa yang kita minta kepada ALLAH dikabulkan olehNya. Mudah sahaja iaitu Y2K+adab berdoa.Y2 membawa maksud Yakin bahawa ALLAH mendengar apa yang kita doakan dan Yakin bahawa ALLAH akan makbulkan doa yang kita pohonkan. K pula membawa maksud khusyuk. Tidak hanya di bibir tetapi apa yang kita pohonkan kita faham makna disebalik itu. Faham?

Dalam rancangan ini penceramah telah memberi contoh cerita seperti di bawah:
     Seorang ibu tunggal telah menyara anak-anaknya dengan hanya menjual tapai sahaja. Pada suatu hari, ibu tunggal tersebut telah melihat hasil tapai yang telah dibiarkan selama 3 hari itu dengan membaca 'Bismillah'. Tetapi dengan kuasa ALLAH,tapai itu masih tidak masak dengan sempurna. Lalu ibu tunggal tersebut membungkus tapainya dengan harapan tapai itu akan masak sekejap lagi. Sambil berjalan menuju ke tempat penjualan,ibu tunggal tersebut tidak pernah lupa untuk berdoa kepada ALLAH agar hari  ini ada rezeki dia dan anaknya untuk makan. Ibu tunggal tersebut membawa bungkusan tapai ke tempat penjualannya agar dalam perjalanan tapai itu akan masak. Seperti biasa ibu tunggal itu berdoa Dengan Nama Allah agar tapai itu sudah masak untuk di jual. Apabila ibu tunggal tersebut membuka bungkusan tapai tersebut,dilihatnya tapai itu masih belum masak. Tiba-tiba datang seorang pembeli yang ingin membeli 'tapai yang belum masak'. Pembeli itu ingin membekalkan tapai tersebut kepada anaknya yang belajar di Mesir. Pembeli mahu tapai itu masak ketika dalam perjalanan anaknya ke Mesir. Alangkah gembiranya ibu tunggal tersebut apabila mengetahui niat pembeli itu. 

Kesimpulannya,apabila kita melakukan sesuatu niat kerana ALLAH, pasti ALLAH akan membalasnya berkali ganda hebatnya. Pengunjung perlu tahu bahawa ALLAH tidak akan menjadikan sesuatu tanpa ada hikmah di sebaliknya. Kita sebagai hambaNya yang hanya mampu berdoa tetapi ALLAH jualah yang mempunyai kuasa untuk mengabulkan doa kita tanpa kita mengetahui bila,bagaimana dan di mana doa itu dibalas oleh ALLAH. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan